Wednesday, November 17, 2010

Karaoke

Pada waktu malam, pengunjung yang hadir boleh berkaraoke bagi menghilangkan rasa kepenatan sambil menghirup udara yang segar.

Terdapat lebih dari 4000 lagu yang ada di karaoke ini. Bayaran RM2 akan dikenakan untuk sebuah lagu manakala RM3 untuk dua buah lagu. Pihak pengurusan juga akan menaik taraf karaoke ini dengan meletakkan beberapa lagi set-set elektronik yang lain bagi memeriahkan lagi suasana di karaoke ini.

                                                        

Monday, November 15, 2010

Chalet



Di sini, terdapat 2 unit chalet ditempatkan bagi pengunjung yang hadir. Setiap chalet boleh menempatkan 40 orang pada satu masa.










Chalet yang terdapat di kawasan ini berharga RM 100 bagi seunit.

Motorcross

Antara aktiviti lasak yang terdapat di sini salah satunya adalah sukan motorcross. Di sini terdapat 6 buah motor untuk diguna pakai.


Panjang keseluruhan trek ini adalah 4 kilometer. Sepanjang 4 kilometer ini, penggemar sukan lasak akan melalui jalan yang berbukit, curam dan jalan yang berliku-liku didalam hutan rimba sambil menikmati udara yang nyaman. Dari segi keselamatan, pihak kami ada menyediakan, topi keledar dan juga but bagi aktiviti ini. Buat masa ini, kami membuat promosi dan tiada bayaran akan dikenakan bagi aktiviti ini.

Sunday, November 14, 2010

Latar Belakang






      




Ladang Ternakan Kampung Titian Bintangor, terletak di Rembau, Negeri Sembilan ini telah dibuka pada tahun 2008. Ladang yang berkeluasan kira-kira 100 ekar ini telah memuatkan 140 ekor lembu, 300 ekor kambing termasuk biri-biri, 300-400 ekor ayam dan 4 ekor kerbau. Ladang ini terletak di kawasan perkampungan Kg.Titian Bintangor, Kota dan berhampiran dengan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan. Ladang ini juga menempatkan chalet, pusat latihan, akitiviti lasak seperti motorcross, 4 wheel drive dan juga karaoke.